KUALA LUMPUR – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik empat sen kepada RM2.96 seliter bagi tempoh 5 Februari hingga 11 Februari 2026.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

Sehubungan itu, erdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum yang lain kekal bagi tempoh 5 Februari 2026 hingga 11 Februari 2026.

Ini menyaksikan harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter; RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter; BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast