Hariz Fitri Amirul Azman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA.

KUANTAN – Seorang pelajar latihan industri di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Pekan maut selepas melanggar tiang elektrik di Jalan Kuantan-Cherok Paloh berhampiran Masjid Pantai Sepat semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira 8.30 pagi semalam.

“Mangsa menaiki motosikal jenis Honda RS150R datang dari arah Cherok Paloh menghala ke bandar Kuantan dipercayai telah hilang kawalan ke atas motosikal semasa melalui selekoh ke kanan.

“Ia mengakibatkan mangsa terbabas dan melanggar tiang elektrik di bahu kiri jalan di lokasi terbabit,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Ekoran kejadian itu, katanya, mangsa, Hariz Fitri Amirul Azman, 21 mengalami kecederaan dan dikejarkan  ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Mohd Adli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (1987). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast