Tahanan Indonesia bergerak masuk ke Balai Berlepas, KLIA, semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 67 warganegara Indonesia telah dipindahkan ke negara asal menerusi urusan pemindahan dari Depot Tahanan Imigresen Malaysia, semalam.

Pemindahan tersebut melibatkan golongan rentan termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, individu sakit serta orang kurang upaya yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Katanya, urusan pemindahan dilaksanakan melalui penerbangan Garuda ke Jakarta yang melibatkan 39 orang dan AirAsia ke Medan seramai 28 orang.

Proses pemindahan ini dilaksanakan dengan kerjasama antara JIM dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia bagi memastikan proses berjalan lancar dan teratur.

Tambahnya, keseluruhan kos pemindahan ke negara asal ditanggung sepenuhnya oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast