Seramai 179 inidividu termasuk kanak-kanak menyerikan Family Day Keluarga TAKBIR di Sepang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 176 orang ahli keluarga terdiri daripada 137 orang dewasa dan 39 orang kanak-kanak telah berhimpun dalam Program Family Day Keluarga TAKBIR (Tabung
Amanah Keluarga Bahagia Ibu Rahmah) 2026 yang berlangsung selama dua hari di Desa Bagan, Bagan Lalang, Sepang dekat sini baru-baru ini.

Program pada 7 dan 8 Februari lalu dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan keluarga besar TAKBIR di samping memperkukuh semangat kebersamaan serta nilai kekeluargaan dalam suasana harmoni selain sebagai persediaan dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Sebagai acara tahunan yang kini memasuki edisi hampir ke-30 penganjuran, Family Day Keluarga TAKBIR bukan sekadar program riadah dan santai malah turut diserikan dengan pengisian bermakna dari sudut kerohanian selari dengan tema yang dipilih pada tahun ini iaitu Lebih Erat, Lebih Bahagia.

Sebahagian ahli keluarga pada Family Day Keluarga TAKBIR di Sepang baru-baru ini.

Tema tersebut mencerminkan hasrat penganjur untuk terus memperkukuh hubungan kekeluargaan demi kesejahteraan bersama.

Menurut Setiausaha Keluarga TAKBIR, Ir. Mohd Reyza Rahizad,
pemilihan tema serta pengisian program dibuat dengan memberi penekanan kepada kepentingan mempererat hubungan silaturahim serta pembinaan nilai kekeluargaan dalam kalangan ahli keluarga.

“Tema Lebih Erat, Lebih Bahagia dipilih bagi memastikan hubungan kekeluargaan terus terpelihara dan kekal utuh bukan sahaja untuk masa kini malah demi generasi akan dating,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Reyza, sepanjang penganjuran, program dimulakan dengan majlis doa selamat dan tahlil arwah selain pelbagai pengisian lain yang memberi nilai kebersamaan dan keinsafan kepada ahli keluarga.

Sebahagian ahli keluarga pada Family Day Keluarga TAKBIR di Sepang baru-baru ini.

Turut diadakan ialah pelbagai acara padang yang melibatkan semua ahli keluarga mengikut peringkat umur selain persembahan bakat keluarga, pertandingan busana Melayu tradisional dan pakaian seragam, cabutan bertuah, sesi bergambar, serta aktiviti sampingan lain yang menceriakan suasana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast