Fahmi melayan tetamu yang hadir pada majlis memperkenalkan Ramadan Preview 2026 oleh Ombak Kitchen di IOI Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Ombak Kitchen melancarkan menu baharu berinspirasikan hidangan laut gaya Barat serta memperkenalkan Ramadan Preview 2026 dalam satu majlis khas di IOI City Mall baru-baru ini.

Ia sekali gus menandakan fasa baharu jenama itu dalam menyajikan makanan laut segar berkualiti premium dengan cita rasa lebih berani dan moden.

Pelancaran tersebut menyaksikan pengenalan beberapa menu utama termasuk Seafood Boiled bersama Ombak Signature Cajun Sauce, rangkaian hidangan à la carte, pilihan lobster yang diperluas, menu ikan baharu serta hidangan istimewa seperti Alaskan King Crab Leg dan Whole King Crab.

Ombak Kitchen turut memperkenalkan konsep Build Your Own Bucket yang membolehkan pelanggan memilih dan mencipta kombinasi hidangan laut mengikut cita rasa masing-masing sekali gus menawarkan pengalaman makan yang lebih peribadi dan fleksibel.

Berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada set kombo, menu baharu berkenaan menyediakan pilihan lebih pelbagai termasuk menu kanak-kanak menerusi inisiatif Kids Eat For Free.

Selain itu ia sesuai untuk jamuan santai dan keraian istimewa tanpa menjejaskan identiti Ombak Kitchen sebagai restoran mesra keluarga berstandard premium.

Seiring pelancaran menu baharu itu, Ombak Kitchen turut memperkenalkan Ramadan Preview 2026 bertemakan “Tradisi Berbuka, Nikmat Semeja” yang menggabungkan masakan Melayu tradisional dengan sentuhan moden.

Sepanjang Ramadan dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, tiga kombo berbuka puasa ditawarkan bagi satu atau dua pax iaitu Kombo LEKIR (RM89), Kombo JEBAT (RM109) dan Kombo TUAH (RM129).

Antara hidangan premium yang disajikan termasuk Signature Seafood Boil, Singapore Chilli Live Crab, Signature Roasted Lamb dan Canadian Lobster Thermidor, selain free flow oyster, bufet pembuka selera, pencuci mulut serta minuman.

 

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen, Sharita Loo.

Fahmi bersama Sharita Loo (kiri).

Acara turut diserikan dengan gimik Signature Rainbow Dessert sebagai simbol pembaharuan sebelum Ketua Chef Ombak Kitchen, Chef Izwan, mempersembahkan menu baharu secara rasmi.

Ketika ini, Ombak Kitchen beroperasi di IOI City Mall, Bukit Jelutong, Bangsar dan Setapak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast