Stadium Trong Dong mengambil inspirasi daripada gong tamadun Dong Son.
KUALA LUMPUR – Vietnam dilaporkan telah memulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia iaitu Stadium Trong Dong di Hanoi dengan kapasiti 135,000 tempat duduk.
Apabila siap kelak, stadium bernilai VND 925 trilion (RM 140 billion) itu akan memintas Stadium Rungrado 1st of May di Pyongyang, Korea Utara yang mempunyai 114,000 tempat duduk.
Stadium Trong Dong mengambil inspirasi daripada gong tamadun Dong Son yang memiliki padang yang boleh dialih keluar untuk tumbuh lebih baik dan bakal mempunyai bumbung boleh dibuka terbesar di dunia.
Luas keseluruhan projek itu sekitar 91 juta kilometer persegi yang dijangka siap menjelang 2028 dengan kawasan sekeliling pula menjelang 2035 dengan projek dilaksanakan oleh Vingroup.
Laman sesawang rasmi Stadium Trong Dong berkata, keperluan terhadap kemudahan sukan berskala besar, bersepadu dan menepati piawaian antarabangsa semakin mendesak di Vietnam khususnya ketika negara itu berhasrat untuk terbabit lebih aktif dalam penganjuran acara sukan serantau dan global.
Kemudahan itu juga dijangka menjadi asas kukuh buat Vietnam untuk menjadi tuan rumah acara antarabangsa utama seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik, selain kejohanan peringkat benua.

Majlis pecah tanah sudah berlangsung pada Disember lalu bagi memulakan pembinaan projek itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast