Ketua Polis Selangor, CP Datuk Shazeli Kahar.

KUALA LUMPUR – Empa lelaki tempatan ditahan berhubung kejadian merobohkan sebahagian sebuah kuil di kawasan Rawang, Selangor dipercayai tanpa perbincangan atau pemberitahuan pihak berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu hari ini.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan dan tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan dijalankan.

“Susulan itu, kesemua suspek berusia 26 hingga 39 tahun telah ditahan dan turut merampas sebuah traktor pertanian (backhoe) dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum atau agama serta mengganggu ketenteraman awam.

“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil berlandaskan lunas undang-undang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak Insp Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 013-6117371 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.