Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum baharu secara berperingkat bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, fasa pengenalan kurikulum baharu itu akan membabitkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu pada 2027 sebelum diperluas kepada Tahun 2 dan Tingkatan 2 pada 2028.

“Sesuatu kurikulum akan digunakan untuk tempoh tertentu dan apabila sampai masanya, kita akan memperkenalkan kurikulum baharu.

“Semakan kurikulum juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan. Maka untuk subjek atau mata pelajaran tertentu, semakan dari segi kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kah Woh menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai formula kementerian dalam melaksanakan semakan kurikulum serta tempoh masa penggunaan sesebuah buku teks sekolah.

Selain itu, jelas beliau, bermula tahun ini, KPM turut melaksanakan Program Pembentukan Karakter Generasi Madani yang menumpukan empat komponen utama, termasuk pengukuhan nilai patriotisme dan pembinaan jati diri positif dalam kalangan murid.

Mohd Sany ingin tahu dasar dan tindakan kerajaan dalam memberi pendidikan kenegaraan dan politik pada peringkat sekolah menengah sebagai pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep politik sebenar sebelum dipengaruhi dengan idea politik kepartian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast