KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian di Dewan Rakyat hari ini apabila memberi bayangan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Bayangan itu diberikan apabila beliau berkata, akan mengeluarkan jemputan majlis perkahwinan tidak lama lagi
“Jangan risau nanti saya keluarkan jemputan,” katanya menjawab soalan selepas Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mencelah sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026 oleh perbahasan wakil rakyat daripada MUDA itu.
Mohd. Sany sempat mengusik Syed Saddiq yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna kuning sebelum mengemukakan cadangannya berhubung langkah penyuraian trafik antara Johor Bahru dan Bukit Cagar di Singapura sebelum mengucapkan selamat pengantin baharu.
“Muar sekarang, sejak dua tiga menjak asyik pakai baju Melayu, baju kebangsaan kan. Maksudnya sudah dekat sangat dah tu,” katanya yang dibalas senyuman oleh Syed Saddiq.
Sebelum ini, beliau enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Bagaimanapun, seperti dunia politik, Syed Saddiq atau Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, memberi bayangan bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam perhubungannya bersama Bella Astillah.
“Di masa hadapan, sama seperti dunia politik, apa-apa boleh berlaku,” kongsinya.
Tambahnya Saddiq lagi, walaupun sudah bekerjasama dengan ramai artis dan pempengaruh, peribadi ibu kepada dua orang anak itu sangat menakjubkan.
“Dia wanita luar biasa. Saya sudah bekerja dengan ramai artis dan pempengaruh tapi Bella seorang yang hebat,” kata Syed Saddiq sebelum ini.
Maklum keakrabannya bersama Bella Astillah turut menerima kecaman daripada ahli politik lain, Syed Saddiq menegaskan, dia melakukan kolaborasi untuk mencari dana bagi penduduk Muar. – MalaysiaGazette
















