Mayat bayi perempuan cukuf sifat yang masih bertali pusat itu dibalut dengan kain telekung berat dianggarkan tiga kilogram yang dijumpai seorang pekerja pembersihan dalam tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka, pagi tadi.

MELAKA – Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila bungkusan yang disangkakan pakaian di dalam tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini pagi tadi rupanya mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.

Baharudin Bacik, 57, berkata, kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu berlaku ketika dia menjalankan rutin kerja pembersihan di kawasan berhampiran tandas bersama seorang lagi rakannya.


Baharudin Bacik, 57, terkejut apabila bungkusan yang disangkakan pakaian di dalam tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pagi tadi rupanya mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangkakan bungkusan itu di dalam beg kain itu mengandungi pakaian sebagaimana kebiasaan, namun terkejut apabila rakannya memaklumkan bentuknya seakan-akan kepala.

“Memang biasa orang tinggalkan pakaian, tapi bila kawan saya kata nampak macam kepala saya pun cuba rasa dan ia memang kepala bayi.

Pegawai penyiasat dan pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi.

 

“Sebaik membuka bungkusan, saya lihat mayat bayi perempuan cukuf sifat yang masih bertali pusat itu dibalut dengan kain telekung dengan berat dianggarkan tiga kilogram,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lokasi hari ini.

 

Pegawai penyiasat dan pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi.

Baharudin yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan berkata, keadaan bayi itu dilihat bersih dan tidak menunjukkan kesan darah yang ketara di kawasan sekitar.

“Tak nampak kesan darah di lantai malah bayi tu pun nampak bersih, cuma tali pusat masih ada.

Mayat bayi dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Bayi dijumpai dalam di ruang menguruskan bayi dalam tandas wanita yang biasanya digunakan untuk menukar lampin atau menyusukan anak,” katanya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi mendapati, pasukan forensik tiba kira-kira jam 11 pagi bersama pegawai penyiasat dan meninggalkan lokasi selepas siasatan kira-kira 30 minit kemudian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast