Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh

KLUANG – Hasrat seorang lelaki untuk menambah pendapatan dengan menyewa tanah untuk tanam pokok kelapa sawit hampa selepas diperdaya RM500,000 semasa berurusan dengan individu yang kononnya mengaku pemilik tanah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun sebelum itu berhubung dengan seorang individu yang mengaku daripada sebuah syarikat.

“Suspek mengaku sebagai pemilik tanah itu. Mangsa kemudian bersetuju menyewa tanah berkenaan dan membuat bayaran deposit sewaan tanah secara berperingkat-peringkat bermula 30 Oktober sehingga 4 November tahun lalu.

“Setelah membuat bayaran sebanyak RM500,000 mangsa mendapati tanah yang telah dibuat bayaran sewa itu tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis hari ini.

Bahrin memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda atau sebatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-778 4222; direct line 07-778 4256; hotline 07-776 6822 atau tablet DCC 014-3656822.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast