Ahmad Khusairi Yahaya

GENTING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti aduan melibatkan dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion oleh seorang bekas menteri kanan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya menilai sama ada wujud unsur rasuah, salah gunakuasa, penyelewengan dan tata kelola terhadap dakwaan yang dibuat oleh tiga badan kerajaan (NGO) yang dibuat semalam.

“Saya harap pihak media memberi masa kepada kami untuk meneliti dokumen-dokumen yang disampaikan kepada kami sebelum apa-apa tindakan lanjut.

“Kita akan menyiasat di bawah akta yang tertakluk kepada kami (SPRM),” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kewartawan: Memahami Peranan SPRM Dalam Pencegahan dan Usaha Memerangi Rasuah.

Terdahulu beliau mengesahkan SPRM telah menerima aduan yang dibuat tiga NGO semalam.

Sebelum ini, tiga NGO berkenaan adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia).

Tiga NGO itu berkata, laporan dibuat susulan aduan serta persoalan yang diterima daripada orang ramai berhubung satu perjanjian kerajaan dengan syarikat luar negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast