Turut hadir pada majlis lima cawangan Arora Beauty Spa ialah selebriti terkenal Izara Aishah dan Dr. Muhamad Hazwan Nazri atau lebih dikenali Dr1 Share.

KUALA LUMPUR – Pusat kecantikan kulit, Arora Beauty Spa melancarkan pembukaan lima cawangannya secara serentak di seluruh negara dalam usaha memacu revolusi penjagaan kulit profesional dalam industri kecantikan tempatan.

Pengasas Arora Skincare (Arora), Shahirra Shahrul Asmawi menyifatkan langkah itu sebagai anjakan positif dalam mengembangkan lagi jenama itu sebagai tanda komitmen untuk menawarkan pengalaman penjagaan kulit bertaraf antarabangsa kepada semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, lima cawangan itu membabitkan Setia Alam, Selangor: Ipoh dan Seri Manjung di Perak, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Cyberjaya bagi membolehkan pelanggan mencuba tekstur produk di samping membuat analisis kulit wajah serta rawatan spa.

“Dengan pelancaran ini, Arora bukan sahaja mahu mendekatkan diri kepada pelanggan, tetapi juga memperlihatkan nilai jenama mereka sebagai sebuah penyedia solusi penjagaan kulit wajah holistik dan komprehensif.

“Arora sebelum ini sudah terkenal dengan produk penjagaan kulit wajah termasuk rangkaian ampoule, sabun pencuci, dan pelindung kulit yang dirumus khas untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah.

“Produk kami keseluruhannya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang telah melalui kajian dan ujian makmal (R&D) bagi memastikan keberkesanan dan selamat digunakan” katanya pada majlis pelancaran kesemua cawangan itu baru-baru ini.

Turut hadir, selebriti terkenal Izara Aishah dan Dr. Muhamad Hazwan Nazri atau lebih dikenali Dr1 Share.

Izara Aishah (kiri) memuji teknologi rawatan Arora yang terbukti setanding dengan standard luar negara.

Shahirra memberi jaminan produk Arora diyakini berkesan, berkualiti tinggi, dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah kerana formulanya menggabungkan bahan-bahan semula jadi yang diimport khusus untuk hasil optimum.

Kata beliau, di Arora Beauty Spa, pelanggan boleh merasai rawatan profesional yang lebih mendalam antaranya analisis kulit menggunakan mesin analisis kulit dan rawatan kecantikan yang disesuaikan mengikut jenis kulit wajah dan banyak lagi.

Ujarnya, perkhidmatan itu mewujudkan standard penyelesaian dari dalaman dan luaran, dimana pelanggan bukan hanya membeli produk tetapi benar-benar memahami dan menjaga kulit wajah mereka dengan lebih tepat.

“Pendekatan yamg dibawa berbeza daripada spa biasa yang sering mengikat pelanggan dengan pakej mahal. Di sini, pelanggan diberikan pilihan servis mengikut keperluan kulit wajah dan bajet masing-masing tanpa paksaan pakej.

“Konsep ini disambut baik oleh ramai pelanggan kerana memberi kebebasan serta kejelasan terhadap pilihan rawatan disamping memberi pengalaman baik kepada pelanggan,” katanya di mana maklumat lanjut boleh layari aroraskincarehq.com.my.

Sempena meraikan pembukaan lima cawangan ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 untuk 100 pelanggan pertama sehingga sehingga 28 Februari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast