Lokasi nahas yang mengorbankan pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, hari ini.

KLUANG – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di kilometer 37.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini hari ni.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian berlaku pukul 1.40 petang ketika lelaki berusia 55 tahun dan isterinya 49 tahun dalam perjalanan dari arah utara menuju ke Johor Bahru.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis kawasaki yang ditunggang suaminya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi besi pembahagi jalan.

“Akibat daripada kejadian itu, pasangan terbabit telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya melalui kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Seng Lee memintaorang ramai yang menyaksikan kejadian ini diharap tampil menyalurkan maklumat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast