Jenazah lima beranak yang ditemukan maut dalam rumah di Cherating Damai pada semalam selamat dikebumikan dalam dua liang lahad berasingan sebelum Magrib tadi di tanah Perkuburan Islam Cherating di sini, hari ini.

KUANTAN – Jenazah lima beranak ditemukan maut dibunuh di Taman Cherating Damai semalam, selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Cherathing malam ini.

Empat jenazah dikembumikan dalam satu liang lahad jam 7.20 malam manakala satu lagi jasad dikebumikan di hujung pagar di tanah perkuburan sama pada jam 7.15 malam.

Jasad empat beranak yang dikuburkan bersama ialah Nur Sumayyah Humairah,2, Nur Safiah Humairah,5, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33 , dan Tuan Kamaria Tuan Puteh,56.

Proses pengurusan keempat-empat jenazah ini dilakukan di Masjid Khairat Cherating bemula jam 3.45 petang hinnga 6.15 petang.

Sementara, mayat suspek berusia 32 tahun, anak lelaki Tuan Kamaria dimandi dan dikafankan di Masjid Sungai Ular, di sini.

Hujan membasahi bumi di Tanah Perkuburan Islam Cherathing selepas jenazah mereka selesai dikebumikan.

Lebih 300 orang hadir memberikn penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah lima beranak di Masjid Khairat Cherating di Kuantan pada jam 6.25 petang tadi

Proses bedah siasat ke atas kelima-lima jasad itu dselepas proses bedah siasat selesai jam 2.58 petang tadi di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Lima sekelurga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan dalam kejadian 7 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata siasatan mendapati rumah yang menjadi lokasi kejadian didiami oleh lapan orang.

Namun ketika kejadian hanya enam orang yang ada temasuk lima yang maut dan seorang adik lelaki suspek yang merupakan saksi kejadian.

Jenazah empat beranak selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Cherathing malam ini.

Menurutnya, saksi berusia 15 tahun mendengar pertengkaran dari bilik utama dan melihat suspek dengan kesan percikan darah dan ketika menoleh ke dapur saksi melihat ibunya berlumuran darah dan menjerit kepada saksi meminta bantuan.

Saksi kemudiannya meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama.

Setelah dia tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Siasatan awal dipercayai suspek mengalami masalah tekanan  mental dan emosi.

Tragedi menyayat hati yang menimpa lima sekeluarga ini masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast