Jasad Nur Sumayyah Humairah serta kakak dan neneknya masih dalam proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

KUANTAN – Tiada siapa boleh menduga hari ulang tahun keduanya hari ini ‘disambut’ dengan proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas maut di tangan bapa sendiri semalam.

Anak perempuan kedua itu, Allahyarhamah Nur Sumayyah Humairah antara yang maut dikelar dalam insiden lima sekeluarga maut di Taman Cherating Damai di sini dalam kejadian pagi semalam genap berusia dua tahun hari ini.

Selain Sumayyah, jasad kakaknya, Nur Saffiyah Humairah, 5, dan neneknya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada semalam dan dilalukan proses bedah siasat pagi ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashaari Abu Samah berkata, jasad ibu dan dan bapanya pula sudah selesai dilakukan proses bedah siasat pada petang semalam.

“Proses pedah siasat bermula 9 pagi tadi bagi tiga mangsa dibuat hari ini.

“Berdasarkan peperiksaan awal, Sumayyah maut akibat kesan tikaman pada dada kanan dan kiri berukuran 1.5 sentimeter (cm) dan 2.5cm, kesan tikaman pada bahagian belakang telinga kanan 3cm, leher kiri dan kanan berukuran 4 cm dan 1.5 cm.

“Kakak arwah mengalami kesan tikaman pada dagu kiri dan belakang telinga kiri berukuran 3 cm dan 2 cm dan nenek mangsa pula mengalami luka tikaman pada tangan kiri, dan kesan kelar pada pergelangan tangan kiri, kesan kelar berukuran 4cm pada bahagian bawah telinga kiri,” katanya pada hari ini.

Ashaari berkata, siasatan mendapati lokasi kejadian di rumah yang didiami oleh lapan orang namun ketika kejadian hanya enam orang yang ada temasuk lima yang maut dan seorang adik lelaki suspek merupakan saksi kejadian.

Menurutnya, saksi mendengar pertengkaran dari bilik utama dan melihat suspek dengan kesan percikan darah dan ketika menoleh ke dapur saksi melihat ibu kandung berlumuran darah dan menjerit kepada saksi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama.

Saksi kemudiannya meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Tambanhnya hasil siasatan awal kes bunuh dipercayai kerana suspek disyaki mengalami masalah tekanan  mental dan emosi.

“Ia disokong oleh keterangan di mana tingkah laku suspek yang pelik sejak berpindah ke Pahang. Sebelum ini suspek dan keluarganya menetap di Kapar, Kelang, Selangor.

“Semakan dapati suspek tiada sebarang rekod rawatan mental dan juga tiada rekod kesalahan lampau,” katanya.

Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, Ashaari berkata, pihaknya mendapati suspek telah menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum saspek membunuh diri.

Susulan itu suspek berusia 32 tahun dan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33 meninggal dunia di bilik tidur di lokasi kejadian dalam insiden 7 pagi semalam.

Motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami oleh simati dan isterinya.

Kes disisast di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast