KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) tampil menjelaskan dakwaan yang tular di media sosial berkenaan dakwaan program berunsur politik yang diadakan di masjid atau surau.
Pengarahnya, Datuk Abd Ghani Zainudin berkata, program itu tidak berlaku di Kedah seperti yang dikaitkan menerusi dakwaan yang tular tersebut.
“Dimaklumkan bahawa hasil siasatan JHEAIK mendapati perkara yang didakwa tidak berlaku di Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular gambar yang memaparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan sumbangan kepada penduduk di dalam ruangan surau atau masjid.
Gambar itu mencetuskan persoalan dalam kalangan pelbagai pihak berhubung kebenaran menjalankan program berkaitan politik di dalam masjid atau surau. – MalaysiaGazette
















