Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon. Foto FAREEZ FADZIL, 26 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon menghormati pasukan lawan, Kuching City FC yang di anggap antara pencabar utama kepada mereka apabila bakal berdepan dalam aksi Liga Super, pada Ahad ini.

Pertembungan ini pastinya akan menjadi tumpuan para penyokong dan dijangka akan lebih hangat apabila mereka juga akan turut berdepan lawan sama bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia pada  April depan.

Pan Gon bagaimanapun sedar kekuatan Kuching City ketika ini tidak boleh dipandang mudah dan mereka perlu menebus semula kekalahan Selangor FC di Stadium Negeri, September lalu apabila tewas 0-1 kepada anak buah Aidil Sharin Sahak itu.

Apatah lagi, dengan beberapa kehadiran pemain baharu yang digeruni seperti Gabriel Palmero dan Jerome Etame yang tidak menunggu lama untuk membuktikan kredibiliti mereka di atas padang pastinya bakal memberi pelbagai kejutan untuk pertembungan ini.

“Ya, ia akan menjadi perlawanan yang menarik sebab nanti kita akan jumpa lawan sama di separuh akhir. Tetapi untuk aksi liga, saya sedar Kuching City memang antara pasukan terkuat sekarang dalam Liga Super.

“Saya dengan rendah diri turut menanti untuk perlawanan menentang mereka Ahad ini dan apa pun, saya sentiasa menghormati Kuching City dan kita akan cuba yang terbaik nanti,” katanya di Facebook Malaysia Football League di sini.

Kali terakhir Selangor FC menang ke atas Kuching City adalah pada musim 2024-2025 di pentas Liga Super.

Gergasi Merah ketika ini hanya dibezakan satu mata menyaksikan Selangor di tangga kedua dengan 32 mata manakala Kuching City di kedudukan ketiga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast