KUALA LUMPUR – Cef selebriti, Chef Zam memohon maaf di atas penggunaan perkataan ‘ menggelitis’ yang digambarkan sikap segelintir umat Islam yang mahu balik awal kerja yang sering berlaku setiap kali Ramadan.
Cef Zam atau nama sebenarnya, Zamzani Abdul Wahab menjelaskan, dia sebenarnya merujuk perkataan itu sebagai tergesa-gesa namun disalah faham oleh netizen.
“Assalamualaikum wbt. Nampaknya kenyataan saya semalam telah menimbulkan kemarahan ramai. Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tersilap pilih perkataan. “Menggelitis” yang saya taipkan itu sepatutnya “bergegas/tergesa-gesa”.
“Bab “masak untuk katering” itu saya maksudkan sebagai berjenaka. Tidak terlintas dihati saya untuk memperkecilkan kepayahan anda semua berkejar pulang utk persiapan yang pelbagai.
“Saya mohon ampun & maaf diatas segala kekhilafan saya menyebabkan kemarahan anda semua,” jelas di media sosial miliknya di sini.
Chef Zam berkata demikian sebagai respons terhadap kecaman netizen susulan luahannya mengenai sikap sesetengah pihak yang mahu untuk pulang ke rumah selepas waktu bekerja sepanjang Ramadan sambil bergurau untuk menjalankan bisnes katering.
Malah, tidak kurang juga yang melabelkannya sebagai keterlaluan selain melihat beliau sebagai individu berkemampuan yang mungkin tidak berdepan cabaran sama seperti orang lain.
Menjelaskan situasi sebenar, Chef Zam berkata, apa yang ditulis hanyalah untuk melihat reaksi masyarakat terhadap situasi yang sering berlaku setiap kali Ramadan.
Chef Zam berkata demikian sebagai respons terhadap kecaman netizen susulan luahannya mengenai sikap sesetengah pihak yang tergesa-gesa untuk pulang ke rumah selepas waktu bekerja sepanjang Ramadan.
Malah, tidak kurang juga yang melabelkannya sebagai keterlaluan selain melihat beliau sebagai individu berkemampuan yang mungkin tidak berdepan cabaran sama seperti orang lain.
Cef Zam menambah, dia tidak berniat memperlekehkan sesiapa selain tidak terfikir akan perkataan ‘menggeletis’ itu membawa makna yang buruk.
“Kita manusia ni..tua, muda, waima kedudukan apa pun, tak akan terlepas dari berbuat silap.
“Namanya pun manusia. Dari situ kita belajar untuk menjadi lebih baik. Saya terima setiap kecaman anda & berdoa agar anda semua dijauhi dari berbuat silap. I’ve done my part. I leave the rest to Allah SWT. Wallahualam,” jelasnya lagi. – MalaysiaGazette
















