BUENOS AIRES, Argentina – Tiga pegawai cedera apabila satu bungkusan mencurigakan meletup di sebuah sekolah polis – Gendarmerie Higher School di sini.

Kementerian Keselamatan Negara berkata, dua daripada mangsa cedera dimasukkan ke hospital namun keadaan mereka tidak mengancam nyawa selepas letupan berlaku.

“Anggota pasukan sedang mengendalikan sebuah bungkusan yang dilaporkan diterima beberapa bulan lalu dan disimpan di premis tersebut.

“Apabila bungkusan itu dibuka, satu letupan telah berlaku,” menurut kenyataan berkenaan.

Bangunan tempat kejadian terletak kira-kira 800 meter dari ibu pejabat kerajaan.

Pihak polis menutup kawasan berkenaan kepada lalu lintas dan mengosongkan beberapa bangunan di blok yang sama.

Pasukan pemusnah bom turut dikerahkan ke lokasi.

Menurut laporan akhbar La Nacion, bungkusan itu dialamatkan kepada bekas pengetua sekolah berkenaan, yang turut termasuk dalam kalangan mereka yang cedera.

Gendarmerie Nasional Argentina merupakan pasukan keselamatan persekutuan yang beroperasi di kawasan sempadan, lokasi strategik serta bagi tujuan keselamatan dalaman. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast