Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPURMesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini sebulat suara melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi baharu gabungan itu.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu berkuat-kuasa serta-merta.

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik YAB Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Luar Biasa Mailis Tertinggi PN dihadiri semua ahlinya termasuk empat presiden parti komponen gabungan itu.

Antaranya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau dan Presiden MIPP, P. Punithan.

Takiyuddin berkata, Muhyiddin juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN dan beliau juga masih berada Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi PN.

“Mesyuarat MT PN juga meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi gabungan itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.