LONDON – James Milneyang sudah pun berusia 40 tahun mengesahkan rekod selaku pemain yang memiliki penampilan paling banyak di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 654 penampilan.
Milner kini mengatasi rekod bekas rakan sepasukannya, Gareth Barry (653 penampilan) yang kali terakhir bermain secara aktif pada musim 2017/18.
Milner yang pernah menyarung jersi Leeds United, Newcastle United, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool memiliki beberapa kejuaraan utama, tiga kali trofi Liga Perdana Inggeris, dua kejuaraan Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Sementara itu, pengurus Brighton, Fabian Hurzeler yang lebih muda lapan tahun berbanding Milner melabelkannya sebagai pemain istimewa dan wajar untuk dijadikan contoh oleh semua orang termasuk dirinya. – Agensi















