KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 16.6 Lebuh Rraya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah Seremban petang semalam.
Dalam kejadian sekitar 6.54 petang itu, ia melibatkan sebuah lori pasukan response PLUS, sebuah pacuan empat rodaan (4WD) PLUS dan sebuah kenderaan jenis Honda C-RV yang dinaiki mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Maslan Udin berkata, ketika kejadian mangsa adalah penumpang di hadapan mengalami parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital UCSI Port Dickson sekitar 8.10 malam.
“Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian lori pasukan response PLUS dan 4WD Rondaan PLUS telah berhenti di lorong kecemasan bagi membantu sebuah kenderaan lain yang terbabas di tebing jalan.
“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat, permukaan jalan basah dan kawasan kejadian gelap tanpa lampu jalan, kemudian kenderaan Honda CR-V datang dari arah sama dipercayai hilang kawalan ketika bergerak di lorong kanan sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang lori itu.
“Akibat pelanggaran tersebut, lori berkenaan bergerak ke hadapn dan melanggar bahagian belakang 4WD rondaan PLUS,” katanya dalam kentataan hari ini.
Tambah beliau, dalam kejadian itu pemandu dan penumpang lain iaitu ibu bapa mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Port Dickson serta Hospital UCSI.
“Mayat mangsa akan dibedah siasat di Unit Forensik, Hospital Port Dickson hari ini sekitar jam 9 pagi dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan lebat serta memastikan jarak selamat dan kelajuan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – MalaysiaGazette
















