Mohd Eszahar Mansor (tengah) berkata, keuntungan Bufet Balairong Perdana Bintang Katering di Balairong Pokok Mangga, Melaka bukan sahaja diagihkan kepada 60 kakitangan sebagai tambahan duit raya, malah diinfaqkan bagi menjayakan program Program Semangat Tarawih Berterusan.

MELAKA – Keuntungan bukan matlamat tunggal Bintang Katering apabila tampil dengan inisiatif menyalurkan sebahagian hasil bufet Ramadan kepada kakitangan dan komuniti menerusi Program Semangat Tarawih Berterusan.

Program yang berlangsung di Mushola Ar-Rohman bersebelahan Econsave Plaza Pandan, Malim itu menyasarkan anak kariah serta penduduk sekitar agar hadir sekurang-kurangnya 20 malam solat Tarawih secara konsisten sepanjang Ramadan ini.


Mohd Eszahar Mansor menunjukkan borang program setiap jemaah yang hadir akan diberikan kupon dan akan dicop setiap malam selepas solat Tarawih yang mana setelah cukup 20 hari, mereka layak menyertai cabutan pada malam terakhir Tarawih untuk berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1,000.

Pengusahanya, Mohd Eszahar Mansor, 41 berkata, keuntungan bufet Ramadan tahun ini bukan sahaja diagihkan kepada 60 kakitangan sebagai tambahan duit raya selain gaji sedia ada malah diinfak bagi menjayakan program berkenaan.

“Setiap jemaah yang hadir akan diberikan kupon dan akan dicop setiap malam selepas solat Tarawih yang mana setelah cukup 20 hari, mereka layak menyertai cabutan pada malam terakhir Tarawih untuk berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1,000.

“Tujuan utama ialah kita mahu galakkan masyarakat istiqamah mengimarahkan surau sebab itu kita perkenalkan program ini buat kali pertama dan bercadang meneruskannya pada tahun hadapan,” katanya.

Menurutnya, untuk kategori dewasa, hadiah ditawarkan ialah RM1,000 bagi tempat pertama, RM500 (kedua), RM300 (ketiga) serta RM100 bagi tempat keempat hingga ke-10.

Manakala kategori kanak-kanak bawah 17 tahun menawarkan hadiah RM300, RM200, RM100, dan dua hadiah RM50 bagi cabutan keempat kelima.

Penganjuran Bufet Balairong Perdana Bintang Katering di Balairong Pokok Mangga diteruskan memasuki tahun kelima dan menjadia antara bufet termurah di Melaka.

Mengulas mengenai bufet yang ditawarkan, Mohd Eszahar berkata, penganjuran Bufet Balairong Perdana Bintang Katering di Balairong Pokok Mangga diteruskan memasuki tahun kelima dan menjadia antara bufet termurah di Melaka.

“Harga ditawarkan ialah RM43 bagi dewasa, RM29 untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun serta orang kurang upaya (OKU), RM35 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas, manakala kanak-kanak lima tahun ke bawah percuma.

“Bufet berkenaan menampilkan lebih 60 jenis hidangan dengan empat set menu berbeza yang ditukar bagi memberi pilihan pelbagai kepada pelanggan,” katanya.

Bufet menampilkan lebih 60 jenis hidangan dengan empat set menu berbeza yang ditukar bagi memberi pilihan pelbagai kepada pelanggan.

Antara menu utama termasuk sambal paru berlada, daging masak kicap, daging kari, aneka kuih-muih serta pilihan minuman panas dan sejuk. Turut menjadi tarikan ialah gerai-gerai masakan panas yang disediakan setiap malam.

Menurutnya, dua minggu terakhir Ramadan lazimnya menyaksikan permintaan tinggi, khususnya tempahan syarikat dan kumpulan besar.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 017-5063 297 (Puan Mas) atau 011-5599 6232 (Puan Zaza). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast