Home Nasional Dua lelaki bawa dadah, barang pecah rumah dicekup

Dua lelaki bawa dadah, barang pecah rumah dicekup

@malaysiagazette

Cubaan Loloskan Diri, Dua Lelaki Bawa Dadah Dua lelaki cuba meloloskan diri gagal apabila mereka ditahan selepas dikejar polis dalam kejadian di Jalan Taman Bukit Indah, di Ampang awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada unit peronda (MPV) sekitar jam 12.30 tengah malam. “Unit MPV memaklumkan sedang mengejar suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen Passat dan bertindak membuat hebahan kepada semua petugas supaya memberi bantuan dan  laporan polis dibuat untuk makluman pertama kejadian. malaysiagazette MGViral Video : Orang Awam

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

PUTRAJAYA –  Cubaan dua lelaki cuba meloloskan diri gagal apabila mereka ditahan selepas dikejar polis dalam kejadian di Jalan Taman Bukit Indah, di Ampang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada unit peronda (MPV) sekitar jam 12.30 tengah malam.

“Unit MPV memaklumkan sedang mengejar suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen Passat dan bertindak membuat hebahan kepada semua petugas supaya memberi bantuan dan  laporan polis dibuat untuk makluman pertama kejadian.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek melarikan diri dari pemeriksaan polis kerana membawa dadah dan peralatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Khairul Anuar berkata, kedua-dua suspek direman selama empat sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan aksi kenderaan polis mengejar suspek di kawasan perumahan Bukit Indah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast