MKDS berkolaborasi dengan Garmin dalam menganjurkan Cabaran Kecergasan MKDN Bulanan dengan menawarkan jam tangan pintar percuma keluaran syarikat multinasional itu kepada kakitangannya.

KUALA LUMPUR – Megaklinik Dr Suffian (MKDS) menjalinkan kerjasama dengan teknologi Garmin di MKDS yang mengintegrasikan teknologi Garmin dalam protokol rawatan perubatan dalam penurunan berat badan pesakitnya.

Pengarah urusannya, Dr Suffian Sani Sayuti berkata, kolaborasi itu menjadikan MKDS muncul antara klinik pertama di Malaysia di dalam penghasilan sistem navigasi seperti mengukur tahap tenaga harian pesakit dan mengenal pasti corak tekanan yang menjejaskan kesihatan.

“Selain itu, teknologi itu akan menilai sistem saraf autonomi pesakit dan  mengukur kualiti tidur untuk rawatan lebih holistik.

“Melalui data ini, MKDS dapat membangunkan protokol rawatan yang lebih peribadi, saintifik dan berkesan, sekali gus membezakan klinik ini daripada pusat rawatan konvensional,” katanya dalam satu kenyataan.

MKDS muncul antara klinik pertama di Malaysia di dalam penghasilan sistem navigasi.

Mengulas lanjut, Dr Suffian berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan Garmin dalam menganjurkan Cabaran Kecergasan MKDN Bulanan dengan menawarkan jam tangan pintar percuma keluaran syarikat multinasional itu kepada kakitangannya yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan sepanjang tahun 2026 dengan lebih banyak inisiatif dan program bermanfaat pada masa akan datang,” katanya.

Dr Suffian sebelum ini pernah dijemput sebagai speaker di Kemuncak Kesihatan Garmin 2025 yang berlangsung di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat.

Beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang dijemput berada bersama perhimpunan  tokoh kesihatan, penyelidik dan penggiat industri teknologi perubatan dari seluruh dunia.

Jemputan itu dianggap sebagai pengiktirafan terhadap MKDS yang kini diiktiraf sebagai pusat perubatan penurunan berat badan paling aktif di Malaysia, dengan rekod merawat lebih 2,000 pesakit setiap bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast