KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan apa sudah jadi kepada negara ini selepas mendakwa aktivis, Tamim Dahari yang bertindak terhadap pencerobohan haram dihina dan dilakukan bagaikan penjenayah besar.
Namun, katanya yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza, individu yang memijak al-Quran sekali pun bertindak, dikeluarkan pelbagai alasan untuk meringankan kemarahan umat Islam.
“Suara keras yang dikeluarkan terhadap mereka yang ingin menegakkan rule of law tidak pula kedengaran nada yang sama terhadap para penceroboh haram dan yang memijak kitab suci al-Quran.
“Apa sudah jadi pada negara ini?,” soalnya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Menerusi hantaran sama, Mohd Asri turut memuat naik gambar pertemuannya bersama Tamim Dahari di lokasi dan masa yang tidak dinyatakan.
Awal bulan lalu, Mahkamah Majistret Selayang membenarkan reman dua hari terhadap Tamim Dahari bagi membantu siasatan berhubung kerja-kerja pembersihan tanah selepas merobohkan kuil tidak sah di Taman Rawang Perdana, Selangor.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan perintah reman itu dan mengarahkan beliau bersama tiga individu lain yang turut ditahan dibebaskan serta-merta.
Sementara itu, dalam kes menghina al-Quran pula, polis menyambung reman suspek berusia 21 tahun yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah sehingga esok bagi melengkapkan siasatan. – MalaysiaGazette

















Aku tak salahkan 100% kat gomen tp juga kpd anggota keselamatan, PBT dan wartawan yg sepatutnya menjalankan tugas menjaga secara adil, sanggup menjual agama demi kesenangan, upah atau jawatan. Dlm Quran dah lama mention.. Ada manusia yg sanggup menjual agama demi kesenangan dunia, sesungguhnya amatlah rugi jualbeli yang mereka lakukan.
Dari jawatan tertinggi sampai menteri² dan ketua jawatan semuanya melayu..tapi pelik majoriti tunduk dgn minoriti. Tahniah kepada mereka konon berjuang untuk melayu dan Islam..mana parti yg kononnya terlalu Islam?????