Ayatollah Ali Khamenei. - Foto fail AFP

TEHRAN – Majlis Pakar Iran akan bermesyuarat untuk memilih pemimpin tertinggi negara itu, lapor media Iran.

“Dengan bantuan ilahi, sesi ini akan berlangsung dalam masa 24 akan datang,” kata Hossein Mozafari, salah seorang daripada 88 ahli dewan, yang dipetik oleh agensi berita Fars.

Kenyataan itu dikeluarkan seminggu selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei dalam serangan Amerika Syarikat-Israel.

Mozafari juga menggesa rakyat Iran untuk “menahan diri daripada sebarang spekulasi dan penyebaran khabar angin mengenai perkara ini” kerana badan itu belum lagi mengadakan sesi. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast