Kredit Foto: Laman Facebook JOHOR Southern Tigers

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) 2025/26 selepas menang dengan agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima hari ini.

Meskipun tewas 0-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima, JDT melakar kejayaan itu selepas mencatat kemenangan 3-1 pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac lepas.

Pada perlawanan hari ini, kelab Jepun itu melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT untuk memburu gol, namun kekebalan benteng pasukan pelawat menyaksikan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Pada babak kedua, percubaan pasukan tuan rumah untuk mencari gol terus buntu apabila serangan yang diaturkan acapkali dipatahkan pertahanan JDT.

Sanfrecce Hiroshima bagaimanapun dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas bola terkena pemain tengah JDT Nene.

Peluang itu nyata tidak disia-siakan apabila Kosuke Kinoshita tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada tuan rumah.

Bagaimanapun kemenangan itu tidak cukup melayakkan Sanfrecce Hiroshima ke suku akhir selepas tewas dengan agregat 3-2.

Bagi JDT pula, kejayaan mara ke suku akhir adalah pencapaian terbaik kelab dari Malaysia sejak kejohanan itu dijenamakan semula pada 2023.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast