Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal menyerahkan bubur lambuk kepada tetamu yang hadir pada Majlis Iftar Perdana Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Westport Business Centre, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2026.

PELABUHAN KLANG – Agensi Keselamatan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) meningkatkan kawalan di sempadan dan pintu negara sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula minggu depan.

Komandernya, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penugasan anggota dan pegawai AKPS berjalan seperti hari biasa secara syif khususnya mesin pengimbas dan pintu masuk utama.

“Kita akan bekerja seperti hari-hari biasa, kita syif pun kita sudah letakkan, yang mana habis cuti kita dah agih-agihkan cuti dan sebagainya.

“Jadi tak jadi isu macam polis juga hari raya pun kita kerja.

“Penugasan kita lebih pada scanning machine dan juga gate,” katanya kepada pemberita Majlis Iftar Perdana AKPS di Westport Malaysia Sdn Bhd di sini hari ini.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal bercakap kepada media ketika hadir ke Majlis Iftar Perdana Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Westport Business Centre, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2026.

Nik Ezanee juga berkata, walaupun ketibaan kontena khususnya di pelabuhan-pelabuhan utama berkurangan sepanjang musim perayaan namun AKPS tetap bersiap siaga sepenuhnya.

“Kadar ketibaan kontena di Pelabuhan Klang akan sama sahaja, musim raya mungkin perlahan sedikit.

“Selepas raya, kadar ketibaan kontena-kontena dari luar negara ini akan naik balik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast