Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan satu debat bertajuk Who Is The Real Terrorist diadakan di antara Dr Zakir Naik dan Dr P. Ramasamy.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis mempersoalkan sikap adil dan profesionalisme Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkaitan pendakwaan terhadap penceramah bebas, Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan terhadap kedua-dua individu tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan majoriti umat Islam terhadap hala tuju pengurusan negara khususnya berkaitan isu yang menyentuh perihal agama.

“Saya sendiri tertanya-tanya tentang sikap adil dan profesionalisme KPN dalam isu ini. Apatah lagi kita berada di negara Malaysia bukan di negara India. Apakah undang-undang kita hanya ‘cengih’ untuk yang beragama Islam sahaja?

“Tindakan KPN ini menambahkan lagi persoalan tersebut. Adalah menjadi harapan kita agar KPN mengambilkira soal keadilan terhadap umat Islam, profesionalisme, latar isu serta identiti negara,” katanya yang dikenali Maza menerusi kenyataan.

Tambahnya, negara memerlukan mereka yang jujur dan amanah khususnya dalam mengendalikan hal-hal keselamatan dan keadilan.

“Dalam Bulan Ramadan ini marilah kita berdoa agar negara kita berada di bawah kepimpinan dan pengurusan yang adil dan menjaga identiti negara ini khususnya berkaitan agama dan umat ini.

“Kita akan terus memantau dan menyatakan pendirian kita dari masa ke semasa Insya-Allah,” katanya lagi.

Sebagai rekod, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Februari lalu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan melibatkan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap kaum India telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berhubung tindakan merosakkan soolam yang menjadi simbol suci bagi agama Hindu di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Kedah dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Maza menyokong kenyataan Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang berkata keputusan untuk mendakwa aktivis, Tamim perlu dijelaskan dengan lebih terperinci kepada umum bagi mengelak timbul keraguan bahawa tindakan tersebut dibuat secara tergesa-gesa, selektif atau dipengaruhi oleh pertimbangan yang tidak selari dengan prinsip keadilan.

Jelas beliau, keputusan tersebut wajar dinilai semula secara teliti berdasarkan prinsip keadilan, ketelusan dan kepentingan awam.

Dalam masa yang sama, Zainul Rijal turut meragui kesahihan maklumat polis bahawa Tamim dan Zamri Vinoth berada di Thailand.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. rakyat semakin confuse dan hilang kepercayaan kpd pihak berkuasa. dah hilang prinsip keadilan dan undang undang ditegakkan.

Comments are closed.