KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca tersebut diramal melanda di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.

“Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah di barat daya dan timur laut manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, selain itu, Kuantan dan Pekan di Pahang dan Sabak Bernam lokasi seterusnya cuaca tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast