KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ernie Zakri terus melakar sejarah di persada seni serantau apabila karya hitnya berjudul Masing Masing melakar sejarah meraih lebih 236 juta penstriman di platform Spotify.
Kejayaan hebat hasil kolaborasi bersama komposer dan pemain gitar ternama Indonesia, Ade Govinda itu mendapat pengiktirafan rasmi daripada Asia Book of Records.
Lagu berkenaan dinobatkan sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencecah angka 200 juta penstriman menjelang Ogos tahun lalu.
Pencapaian bertaraf Asia itu mengukuhkan lagi profil seni Ernie selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025.
Pengiktirafan daripada Asia Book of Records itu bukan sekadar satu lagi trofi dalam simpanan, malah menjadi platform yang meningkatkan pendedahan media di seluruh rantau serta menghubungkan pencipta rekod dengan tokoh inovator hebat di benua Asia.

menampilkan sentuhan Ade Govinda sebagai komposer dan pemain gitar ini diiktiraf oleh Asia
Book of Records sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencapai angka 200 juta penstriman menjelang Ogos 2025.
“Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami hanyalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur.
“Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu pendengar, terutamanya Ernienators yang setia menyokong perjalanan seni saya sejak awal lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Ernie, kekuatan utama Masing Masing terletak pada mesejnya yang bersifat universal sehingga mampu menambat hati pendengar di seluruh Asia Tenggara walaupun berdepan jurang bahasa.
Kejayaan ini menjadi bukti kukuh bahawa kolaborasi muzik antara dua negara mampu menembusi sempadan antarabangsa dan membina legasi seni yang akan terus dikenang. – MalaysiaGazette
















