Penguat Kuasa KPDN melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak bagi melakukan pemeriksaan bakalan diesel di negeri ini. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Gangguan bekalan diesel di beberapa stesen minyak di negeri ini sejak Selasa lalu pulih sepenuhnya hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pengagihan bekalan bahan api itu di stesen-stesen minyak yang terjejas sudah disalurkan secara berperingkat-peringkat.

“Bekalan diesel di Johor secara keseluruhan adalah setakat ini terkawal dan mencukupi.

“Pasukan khas kami akan terus memantau bekalan diesel dan petrol sepanjang musim perayaan kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan gangguan bekalan diesel di beberapa stesen minyak di negeri ini disyaki berpunca daripada kelewatan kapal membawa bahan api itu tiba di terminal.

Situasi itu menjejaskan jadual pemindahan produk diesel berkenaan daripada kapal terminal, sekali gus menyebabkan kelewatan dalam proses pengisian diesel ke dalam tangki simpanan terminal.

Terdahulu, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Johor melakukan pemantauan di stesen-stesen minyak yang terjejas pagi tadi.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast