Filem romantik Tamil Kadhal Reset Repeat tampil dengan naratif menyentuh emosi, mengangkat persoalan cinta dan identiti dalam dunia tanpa ingatan.

KUALA LUMPUR – Filem romantik, Tamil Kadhal Reset Repeat tampil dengan naratif menyentuh emosi, mengangkat persoalan cinta dan identiti dalam dunia tanpa ingatan.

Diarahkan oleh A. L. Vijay, filem itu mengisahkan Aditi lakonan Jiya Shankar, seorang penyanyi yang mengalami amnesia anterograd selepas kemalangan di Scotland.

Aditi hidup dalam realiti ‘reset harian’ di mana setiap hari bermula tanpa memori tentang hari sebelumnya memaksanya membina semula kehidupan dan hubungan dari awal.

Konflik timbul apabila dia terperangkap antara dua lelaki yang memberikan versi berbeza tentang masa lalunya.

Teman lelakinya Hari, lakonan Arjun Ashokan dilihat stabil dan meyakinkan manakala seorang peminat sejak kecil lakonan Madumkesh yang membuat debut Tamil mendakwa hubungan mereka lebih mendalam.

Dalam keadaan itu, Aditi terpaksa bergantung kepada naluri bukan ingatan menimbulkan persoalan tentang kebenaran dan kepercayaan.

Filem ini turut dibintangi M. S. Bhaskar, Jayaprakash dan Viji Chandrasekhar yang menambah kekuatan emosi.

Harris Jayaraj menjadi tulang belakang emosi filem ini hadir ke Malaysia baru-baru ini.

Dari sudut teknikal, sinematografi oleh Arvind Krishna menampilkan visual lembut dan imersif manakala suntingan oleh Anthony memastikan aliran cerita kekal lancar.

Muzik ciptaan Harris Jayaraj menjadi tulang belakang emosi filem ini dengan komposisinya memperkukuh setiap babak daripada melodi piano yang lembut hingga susunan orkestra yang menyentuh perasaan selari dengan tema pengulangan dan kerinduan.

Terdahulu, satu tayangan perdana serta sesi bertemu peminat telah diadakan di LFS Cinemas PJ State pada 9 Mac, melibatkan Harris Jayaraj, Madumkesh serta barisan pelakon dan kru.

Tayangan khas di LFS PJ baru-baru ini.

Filem berkenaa diedarkan oleh MSK Cinemas Sdn Bhd, dengan acara tersebut disokong oleh Bravography Productions Sdn Bhd.

Kadhal Reset Repeat dijangka akan ditayangkan di platform OTT, dengan butiran lanjut akan dimaklumkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast