Kesan kebakaran membabitkan sebuah khemah jualan mercun dan bunga api di Taman Pekaka  lewat malam tadi.

NIBONG TEBAL – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan permit sebuah gerai menjual bunga api yang terlibat dalam kejadian letupan dan kebakaran di Taman Pekaka di sini, semalam.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, tindakan itu diambil serta-merta susulan kejadian berkenaan.

“Kita memandang serius insiden terbabit dan mengutamakan keselamatan awam melalui pemantauan serta penguatkuasaan yang lebih ketat ke atas gerai bunga api lain.

“MBSP juga akan memperketat syarat permit termasuk mewajibkan setiap gerai dilengkapi alat pemadam api, mempunyai perlindungan insurans sah serta mematuhi keperluan keselamatan tambahan dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Gerai jualan mercun raya musnah dalam kebakaran

Gerai mercun terbakar: Armada Bersatu desak polis jelaskan status lesen

Media semalam melaporkan sebuah gerai yang menjual bunga api musnah dalam kebakaran di Taman Pekaka di sini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 turut terjejas dengan kerosakan dianggarkan 90 peratus, manakala api merebak ke tiga unit penghawa dingin luar sebuah rumah berhampiran.

Difahamkan, gerai bunga api yang terletak bertentangan sebuah restoran nasi kandar itu mempunyai permit sah bagi tempoh 19 Februari hingga 24 Mac.

Semalam, Armada Bersatu Bahagian Nibong Tebal dilaporkan menggesa polis menjelaskan status permit gerai berkenaan serta tindakan penguatkuasaan yang diambil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast