HOUSTON – Kilang penapisan Valero di Port Arthur, Texas, dilaporkan meletup awal pagi Isnin, menurut Jabatan Polis Port Arthur.
Kebakaran besar tercetus susulan letupan yang berlaku.
Arahan berlindung telah dikeluarkan untuk kawasan barat Port Arthur, kata jabatan itu.
“Jangkakan penutupan jalan di sekitar kawasan Lebuhraya 82 dan 87 serta trafik yang menuju ke kawasan ini dari laluan lain,” tambahnya.
Penduduk diminta kekal di tempat masing-masing sehingga arahan ‘selamat’ dikeluarkan oleh pasukan kecemasan.
Punca letupan masih belum diketahui.
Stesen berita KFDM melaporkan tiada kecederaan, memetik Sheriff Daerah Jefferson, Zena Stephens sebagai berkata.
Letupan itu dilaporkan melibatkan satu unit pemanas di kilang penapisan tersebut. – Agensi
















