Vikneswaran a/l K. Selvanathan dikenakan wang jaminan RM10,000.

KUANTAN – Penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa memijak al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang universiti.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alia berkata, tindakan itu diambil Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA setelah bersidang pada 9 Mac lalu dan mendapati penuntut lelaki itu bersalah atas tindakannya.

“Berdasarkan tindakan tatatertib, pelajar itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti Dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa sama berharap agar keputusan itu menjadi pengajaran kepada warga universiti terbabit sama ada penuntut atau staf agar lebih berhati-hati dalam perbuatan atau tindakan yang boleh mencemar nama baik universiti.

“UMPSA bertegas tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam di negara ini,” katanya lagi.

Terdahulu pada 3 Mac lepas, pelajar berusia 21 tahun terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial.

Bagaimanapun, S. Vikneswaran mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad dan minta dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 8 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.