Chuan Huat hadir Majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 peringkat IPK Johor di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lagi lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di kawasan Southkey di sini pada 14 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan polis Singapura pagi ini.

“Kita mendapat kerjasama yang kukuh daripada negara jiran kita untuk buat tangkapan-tangkapan yang ada. Motif pembunuhan bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Chuan Huat berkata, pihaknya mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret di sini esok bagi membantu siasatan.

Sementara itu, beliau berkata, tempoh tahanan reman suspek pertama yang berakhir semalam disambung sehingga 31 Mac ini

Pihaknya juga akan memohon lanjutan reman empat lagi suspek termasuk seorang wanita yang berakhir esok bagi membantu siasatan.

Terdahulu portal ini melaporkan penahanan lima suspek yang melarikan diri ke Singapura selepas diburu pihak polis berhubung kes pembunuhan berkenaan.

Suspek pertama ditahan pukul 12.15 tengah malam pada 18 Mac lalu ketika cuba melepasi pemeriksaan imigresen ke republik berkenaan.

Susulan tangkapan itu, pada pukul 6 petang keesokkan harinya, empat lagi suspek berjaya ditahan dengan bantuan Polis Singapura selepas mereka dipercayai melarikan diri ke republik berkenaan.

Kejadian yang berlaku pukul 5 pagi itu mengorbankan mangsa yang juga warga asing berusia 32 tahun selepas diserang menggunakan senjata tajam termasuk ditikam di leher oleh beberapa individu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- MalaysiaGazette

Lima lelaki terbabit kes bunuh di Southkey diberkas di Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast