Dua lelaki direman empat hari di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi membantu siasatan insiden kebakaran khemah menjual mercun dan bunga api

JOHOR BAHRU – Dua lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden kebakaran khemah menjual mercun dan bunga api di Jalan Bunga Ros, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri di sini, Isnin lalu.

Majistret Chai Ing Hien membenarkan reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 30 hingga 35 itu selepas mendapat permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Penahanan itu membolehkan polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini MalaysiaGazette melaporkan sebuah khemah pasang siap menjual mercun dan bunga api terbakar dalam kejadian pukul 8.32 malam.

Kebakaran itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Gen-2 dan sebuah ‘food truck’ yang diletak berhampiran khemah itu turut terbakar.

Susulan itu polis menahan dua lelaki sebuah kediaman di Kulai dan kawasan Kampung Melayu Majidee di sini pukul 11.15 pagi dan pukul 12.30 tengah hari semalam.

Semakan mendapati salah seorang suspek memiliki lesen menjual, memiliki dan membeli mercun dan kebakaran berpunca daripada generator gerai menjual mercun itu terbakar.- MalaysiaGazette

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes khemah mercun terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast