Logo Universiti Kebangsaan Malaysia

 

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatatkan peningkatan dalam lima bidang utama (broad subject areas) dalam edisi terkini QS World University Rankings (WUR) by Subject 2026 berbanding tahun sebelumnya.

Lima subjek itu adalah Natural Sciences yang melonjak 48 anak tangga ke kedudukan 195 dunia.

Seterusnya, bidang Life Sciences and Medicine meningkat 42 anak tangga ke kedudukan 192 dunia, manakala Engineering and Technology naik 35 anak tangga ke kedudukan 162 dunia.

Dua lagi subjek yang menunjukkan peningkatan adalah Social Sciences and Management – melonjak 33 anak tangga ke kedudukan 146 dunia berbanding 179 pada 2025, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai bidang penarafan tertinggi di UKM.

Manakala bidang Arts and Humanities turut mencatat
peningkatan kepada kedudukan 212 dunia.

Kejayaan ini merekodkan pencapaian keseluruhan terbaik universiti tersebut sejak tahun 2020.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh menyifatkan pencapaian ini sebagai manifestasi kejayaan strategi universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, keterlihatan global, serta kebolehpasaran graduan selaras dengan indikator utama QS.

“Pencapaian ini merupakan pengiktirafan global yang membuktikan kualiti penyelidikan dan kebolehpasaran graduan UKM.

“Selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, pencapaian ini mengukuhkan kedudukan UKM sebagai antara institusi terkemuka dalam melahirkan bakat masa depan serta memacu penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi ke arah penyelesaian cabaran semasa di peringkat nasional dan global,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh warga UKM untuk terus meningkatkan budaya penyelidikan dan pembelajaran yang menekankan kualiti, inovasi, dan kolaborasi strategik bagi memastikan kelestarian kecemerlangan ini pada masa hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast