Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara mengalami kerugian RM328,450.88 selepas diperdaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis dari Putrajaya, bulan lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 64 tahun itu menerima panggilan melalui WhatsApp pada 4 Februari sebelum dimaklumkan kononnya terlibat dalam kes jenayah penipuan.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa dengan tindakan tangkapan sebelum mengarahkannya membuka dua akaun bank baharu bagi tujuan ‘pemantauan siasatan’.

“Mangsa kemudian memasukkan wang simpanannya berjumlah RM128,208.88 dan RM200,242 ke dalam akaun tersebut serta menyerahkan maklumat perbankan kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan pada 25 Mac dan mendapati wang dalam akaun berkenaan telah lesap.

Katanya, usaha mangsa untuk menghubungi semula suspek gagal sebelum tampil membuat laporan polis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah, apatah lagi jika diminta membuka akaun bank atau memindahkan wang.

Orang ramai digesa membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak polis atau agensi berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast