Onn Hafiz bersama-sama mahasiswa anak Johor selepas penyerahan bantuan untuk mereka baru-baru ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri meruntukkan RM152.88 juta untuk mahasiswa melibatkan pelbagai program dan inisiatif sejak 2023 sehingga 2026.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dana tersebut adalah untuk pembangunan dan kebajikan 404,547 mahasiswa anak Johor.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara tersusun, bersasar dan inklusif bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir dalam arus pembangunan ekonomi dan pendidikan.

“Penyaluran bantuan ini dilaksanakan secara bersasar merangkumi Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) iaitu RM49.6 juta melibatkan 231,459 penerima.

“Turut melibatkan Skim Bantuan Pendaftaran berjumlah RM17.9 juta melibatkan 38,876 penerima selain Skim Pinjaman Pelajaran YPJ (RM39.14 juta) melibatkan 8,400 penerima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, begitu juga Bantuan Laptop Siswa Johor (RM23.96 juta) melibatkan 9,000 penerima dan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (RM2.68 juta) melibatkan 20,000 ahli persatuan seluruh negara.

Katanya, ini termasuk Jelajah Mahasiswa Johor 2025 (RM1.3 juta) melibatkan 80,000 penerima, Duta Mahasiswa Johor (RM600,000) melibatkan 1,000 penerima dan Biasiswa Orang Muda Johor (RM11.9 juta)

“Segala usaha ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh pembangunan modal insan Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berharap segala inisiatif itu terus memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan generasi masa hadapan.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast