foto FB Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian.

KUALA LUMPUR – Status semasa Empangan Bukit Merah di Perak berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1 iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam.

“Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan jabatan itu di laman Facebook rasmi hari ini.

Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m.

Empangan Bukit Merah, yang terletak di daerah Kerian, Perak merupakan empangan buatan manusia pertama di Malaysia, mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada 1906 dengan kos RM1.6 juta.

Ia dibina dengan mengempang Sungai Kurau untuk membekalkan air pengairan bagi penanaman padi di kawasan Kerian serta tujuan perikanan darat

Empangan ini membentuk Tasik Bukit Merah, salah satu tasik buatan manusia yang tertua di Malaysia. – MalaysiaGazette

Foto Bernama.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast