Sumber : Kesultanan Pahang

KUANTAN – Istana Pahang menafikan kewujudan sebarang media sosial peribadi milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menegaskan baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial lebih-lebih lagi yang dilihat banyak dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya orang ramai.

“Begitu juga dengan akaun-akaun palsu terutamanya Facebook dan Tiktok menggunakan nama dan gambar Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Istana Pahang menegaskan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu dan orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan,” katanya dalam laman media sosial hari ini.

Jelasnya, semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 772, 000 orang pengikut ketika ini.

Manakala di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok dan Youtube hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast