KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mencari jalan penyelesaian berhubung pembinaan kuil tidak sah di kawasannya.
UKM dalam kenyataan mengambil maklum keprihatinan masyarakat dan telah mengambil langkah sewajarnya berkenaan perkara itu.
“Hasil daripada perbincangan tersebut, keputusan telah diambil untuk membawa isu ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UKM lersama pihak Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah UKM,” katanya.
Hasil perbincangan tersebut, keputusan telah diambil untuk membawa isu itu ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Budhha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) Negeri Selangor.
Sehubungan itu, UKM perlu menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada kerajaan negeri sebelum sebarang langkah selanjutnya dapat dilaksanakan.
“Sebarang tindakan perlu melalui prosedur yang diteteapkan serta melibatkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh, berhemah dan tidak menyinggung mana-mana pihak,” katanya.
Pihak UKM berharap isu itu dapat diselesaikan secara tuntas memandangkan perkara berkenaan memerlukan pendekatan yang berhati-hati serta berperingkat tanpa mengambil tindakan yang agresif atau tergesa-gesa.
Justeru UKM menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan sesama komuniti. – MalaysiaGazette
















