KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Anne Ngasri, 42, diumum Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 2 Mac lalu.
Hotel Premiera Kuala Lumpur dalam kenyataan mengalu-alukan kehadiran Anne.
Kenyataan itu kemudian dikongsi Anne dalam media sosialnya.
Anne atau nama sebenar, Naszriah Ngasri mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kerana memberi kepercayaan kepadanya memikul tanggungjawab itu.
“Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur namun saya sedar bahawa amanah ini bukan sesuatu yang ringan.
Anne yang berkahwin dengan Datuk Mohd Sumali Reduan turut memegang jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia.- MalaysiaGazette
















