Masoud Pezeshkian. - Foto AFP

TEHRAN – Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Isnin menegaskan bahawa sebarang keputusan untuk menamatkan peperangan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel hanya akan dibuat dalam rangka kerja maruah, keselamatan, serta kepentingan nasional negara itu, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Kenyataan itu menyusul ketika beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet yang dihadiri ahli-ahli kerajaan bagi menyemak situasi semasa negara di bawah keadaan luar biasa waktu peperangan.

Mesyuarat berkenaan meneliti aspek bekalan keperluan awam, status barangan asasi, serta langkah-langkah yang telah diambil oleh badan eksekutif, perkhidmatan, bantuan, dan kementerian berkaitan.

Ahli kabinet turut membentangkan laporan mengenai aturan yang dibuat bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam, mengekalkan rantaian bekalan barangan keperluan, menjaga ketenteraman awam, serta memperkukuh kesediaan eksekutif dalam pelbagai sektor.

Selain itu, laporan penuh mengenai aktiviti harian lima kumpulan kerja khusus turut dibentangkan, merangkumi sektor budaya dan media, infrastruktur dan pengeluaran, ekonomi, sara hidup, serta hal ehwal sosiopolitik. — BERNAMA-MNA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast