Seorang lelaki warga Palestin dikenali Al Baraa Monir Sobhi Alqedra yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki warga Palestin dikenali Al Baraa Monir Sobhi Alqedra yang dilaporkan hilang sejak 23 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki berusia 22 tahun itu kali terakhir dilihat di kediamannya di Rumah Pangsapuri Bukit Mewah, Taman Bukit, Kajang.

Katanya, polis telah menerima laporan berkaitan orang hilang (OH) pada 24 Mac pukul 5.56 petang.

“Berdasarkan maklumat, Al Baraa Monir Sobhi Alqedra memiliki ketinggian 180 sentimeter, berat 70 kilogram dan berbadan kurus.

“Lelaki itu memakai baju t-shirt kuning dan berseluar panjang warna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzaini di talian 016-8565670. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast