Foto: AFP

TEHRAN – Sebuah lagi universiti di Tehran diserang, berlaku hanya beberapa hari selepas serangan ke atas satu daripada universiti terkemuka negara itu, lapor agensi berita Iran IRNA pada Isnin, menurut German Press Agency (dpa).

Universiti Sharif telah dibedil dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, menurut laporan itu.

Presiden Universiti Masoud Tajrishi mengutuk sekeras-kerasnya perlanggaran udara tersebut.

“Universiti Sharif adalah sebuah institusi akademik yang misinya terletak dalam bidang kebudayaan dan penyebaran ilmu,” katanya.

Tiada kematian dilaporkan.

Naib Presiden Pertama Iran Mohammad Reza Aref berkata bom pemusnah kubu digunakan dalam serangan itu, yang diselarnya sebagai “simbol kegilaan dan kejahilan” di pihak Presiden AS Donald Trump.

“Dia tidak faham bahawa pengetahuan Iran tidak terletak pada konkrit,” media Iran memetiknya sebagai berkata.

“Kubu sebenar ialah kesungguhan profesor-profesor kami.”

Serangan terbaharu itu berlaku selepas institut penyelidikan perubatan dan bangunan makmal di Universiti Shahid Beheshti di Tehran hampir musnah dalam serangan pada Jumaat. — BERNAMA-dpa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast